Saturday, May 26, 2012

#59 - Isu Boyfriend


aku tak pernah ada boyfriend. jadi aku tak tahu apa rasanya ada boyfriend. aku tak tahu apa akan jadi kalau sehari tanpa boyfriend. aku tak reti dan tak dapat bayangkan. apa seronoknya ada boyfriend. sebab aku tak pernah ada boyfriend. tapi aku ada kawan kawan. basically, kawan kawan tu antara terpenting dalam hidup, terutama kawan baik. jadi kalau diorang tak ada, aku dapat rasa. bila diorang jauh, aku tahu rasanya. bila diorang marah, gaduh, aku tahu rasanya. sebab aku ada kawan, so aku tahu rasanya. tapi mungkin bila semua dah besar, dah ada keluarga, mungkin masa tu, kita tak boleh nak serapat sekarang, nak selalu amik tahu. cukuplah sekadar keep in touch gitu gitu je sebab sekarang banyak dah social network yg ko boleh tibai untuk keep in touch. sekarang, even important things pun semua through twitter , fb. sms pun dah tak pakai. inilah problemnya, haih.

so, actually, aku terasa dengan kawan aku yang ada bf. entah keberapa kali tah ni. haha. bukan terasa sebab dia ada bf, tapi terasa sebab dia jadikan bf dia tu terlalu penting sampai kadang kadang aku sbg kawan dia, terpaksa dia hurt demi bf dia. contoh nak keluar bersama, bf tetiba kata tak boleh, so cancel plan. contoh dah berjanji, tiba tiba bf pun ajak keluar, sanggup cancel sebab bf ajak, padahal janji dulu dgn org lain. bila kawan ajak keluar. bila sedih, nak mengadu, mesti terbantut bila bf call. layan bf tu macam bf tu suami. kadang kadang benda macam ni, boleh buat kawan mcm aku rasa tak dihargai. walaupun korang kenal dulu, sebelum kenal aku, tapi aku masih tak faham kenapa seseorang itu sanggup jadi sampai macam tu padahal, belum tentu orang itu jodohmu. ini yang aku tak faham. kalau hurt kawan, selalu buat tak tahu, kalau hurt bf, macam dah derhaka dengan suami. ini jugak yang aku tak faham. mungkin sebab aku tak ada bf kot? so aku tak faham. actually, aku tak kisah, kau nak manja tahap dewa pun, manjalah tapi kadang kadang jangan sampai hurt kawan kau yg sentiasa di sisi kau. yang hanya percaya kau kalau ada masalah. kalau nak bergembira atau bersedih pun, cari kau. yang kau cari bila kau gaduh dengan bf, yang kau cari bila nak bergembira. jangan hurt kawan yang begitu baik padamu. fikirlah bagi pihak kawanmu juga.

cuba bayangkan, suatu hari nanti, kawanmu itu pulak ada bf, dan dia lebih pentingkan bf dia dari kau, dan masa tu jugak kau baru break dengan bf, atau saat saat kau gaduh dengan bf kau, kau nak cari siapa tempat nak luah dan kongsi cerita. memanglah sekarang kau boleh cakap mengadu pada Allah, memang Allah maha mendengar, tapi manusia tetap akan mencari manusia lain untuk bercerita supaya beban di hati berkurang. lagi lagi kalau kau memang jenis luah pada kawan. kalau tak pun, mesti kau rasa kehilangan.

aku terkadang bertanya pada diri, kenapa kawan yang aku kenal mostly ada bf, dan pentingkan bf? aku rasa mungkin sebab orang yang pentingkan bf ni akan memerlukan kawan yang pandai menasihati sebagai kawan so bila dia gaduh, ada kawan di sisi yang boleh cakap sesuatu yg boleh buat dia faham situasi perhubungan dia? atau kerana kawannya itu adalah org yang sentiasa memberi keyakinan dan sentiasa welcome dia dengan hati yang terbuka. Huh, aku yang mana satu? Bukan dua dua? Fine lah kan. HAHA

mengadu mengadu. camni jelah aku boleh buat. nak ngadu nangis nangis tak leh. rosak imej cool aku. ouch. HAHAAHAH. zzzzz.

" Orang yang sentiasa tersenyum dan nampak bahagia bila dikelilingi orang, adalah orang yang selalu menangis saat dia berseorangan"

kbai;

han

2 comments:

pikakitty said...

kita faham perasaan HAN T,T

han eba said...

yeay pika fahaaam